Kerana ini bulan hijrah, kita perlu berubah.
Kita yang lama perlu ditinggalkan, kita yang baru perlu dibentukkan.
Biar hijrah lahir dari hati, muncul untuk kecemerlangan diri kita sendiri bukan kerana paksaan atau desakan dari sesiapa.
Hijrah yang sebenar-benar hijrah dalam diri adalah perubahan pemikiran, tindakan, perkataan, fikiran.
Bagaimana nak menghijrahkan diri?
Segalanya mesti bermula di minda. Minda kita membentuk siapa kita, siapa saya dan siapa Anda.
Ubah apa yang ada di fikiran terlebih dahulu. Fikir yang baik-baik setiap kali Anda melihat orang lain, menginterpretasi keadaan, situasi dan benda.
Latih fikiran untuk melihat dan menafsir yang baik-baik agar perbuatan dan tindakan Anda terdorong menjadi yang baik-baik juga.
Lama-kelamaan Anda akan dapat merubah sikap lama kepada sikap baru yang lebih baik, lebih positif, lebih disenangi orang-orang disekeliling Anda di rumah atau di tempat kerja.
Sudah tentu mudah untuk Anda mencapai kemajuan dalam apa jua yang Anda usahakan.
Tahu tak, orang yang fikirannya positif lebih cepat maju daripada orang yang fikirannya negatif?
Kesilapan ramai orang adalah memenuhkan fikiran dengan hal-hal buruk berkaitan orang lain. Apa yang orang lain buat, orang lain cakap, orang lain usahakan dan orang lain punya pendapat, dia ulas, dia komen, dia komplen.
Pendek kata, dia suka bercakap keburukan orang lain, lebih dari memuhasabah keburukan dirinya sendiri.
Jika Anda ada sikap sebegitu, ubah segera kerana ia akan menarik kesusahan datang pada Anda.
Ubah sebelum parah!
( Copied from http://www.imotivasi.com/ - Shueqry)
No comments:
Post a Comment