Thursday, May 27, 2010

e-mail from Faizal / Pak Long

salam,
aku ni faizal (p.long)
aku nk update dlm blog tp xbleh kn
aku x sign in ke ape aku pon xtau
nway aku kalo bleh mmg nk lepak ngan kengkawan 5A ni
lame dh xdgr cite dan bersemuka
hope one day kite sume ada rezeki nk jumpa
aku ada attached peta umah aku kt bukit subang
jemput la dtg sume
ciow

Best regards

MOHAMAD FAIZAL ABDULLAH


Tuesday, May 18, 2010

New updates

Salam.

Kawan-kawan, plan kite nak visit hazel and the baby tak ter-accomplish lagi ni..
Hadiahnye dah beli.. ade kat Ain..

Sekarang, bukan hazel je yg ade baby, pak long pun dah ade baby baru.. so, someone boleh la volunteer kan diri utk conduct visit kat both rmh hazel and pak long.. or any other suggestion? <--- sile la volunteer.

Fazly aka Biqi pun dah bertunang nampak nye.. kalau tak ngintai2 facebook dia, sah aku tak tau biqi dah tunang.. :) <--- empunye diri, sile la upload pix.

Lagi update, 29hb ni member kite Wana akan melangsungkan majlis perkahwinan dia kat rumah dia kat perak.. Sesiape yg free, boleh la berkonvoi bersama-sama Ain utk pegi situ.. <---ain, sile la upload peta.

Btw, in 1 or 2 weeks time, aku nak update member2 nye perkembangan..basically u guys nye phone number, email address, status diri, alamat rumah/lokasi (kalau boleh), and pekerjaan plus industry korang.. <--- sile email aku korang details at watashi_wa_miko@yahoo.com

this is not compulsory, but utk keep track bdk2 kelas kite.. but i'll make it confidential unless u guys tak kisah utk share.. at least an email address (other than this blog), will make us connected.

so, kawan2 yg selalu bukak blog ni mintak tolong inform member2 yg jarang visit blog ni pasal update terbaru kite ni k...

Cheers!

Kongsi Crite Sempena Hari Guru

Assalamualaikum para sahabat.

Harap sihat semua.

Saja nk kongsi cerita, cerita lawak. Sakit kerongkok gelak sorang2.

Crite ni copy dari satu blog.

Harap semua pun rasa kelawakannya.....

Common sense


16/05/2010 - Hari Guru

Gua bawak cikgu kuala kubu, Fateem dan Faseeh pergi makan tengahari di luar. Hari Guru ni gua ingat nak raikan sikit cikgu kita dengan membawa dia makan di kedai. Jadi cikgu kuala kubu tak payahla penat penat nak masak makan tengahari.

Setelah bersiap siap macam nak pergi kenduri, kami anak beranak pun cari kedai makan yang beroperasi dengan menaiki Alza.

Alza gua pecut kemas. Aircond gua pulas kasi level 3.

Disebabkan semalam hari Ahad, banyak kedai makan di Tanjong Malim tutup. Mungkin pekedai makan taknak melepaskan rancangan melodi yang serba hype, atau mereka nak tengok badminton final China menentang Indonesia, gua tak berapa pasti.

Setelah berpusing pusing dan mendapat kedai makan 'usual suspects' semuanya on leave, maka gua terpaksa berpatah balik ke kawasan perumahan Taman Bernam sebab masa awal tadi gua perasan satu kedai nasi campur sebelah restoran Jarir tu macam ada orang beratur pegang pinggan. Gua tak pernah makan di kedai ni, jadi gua ambil keputusan untuk try sekali.

Kami ber 4 makan semeja. Lauk kat sini boleh tahan sedap, fikir gua dalam hati. Selesai makan, gua panggil brader pakai topi duduk di kaunter datang kira.

"Adik tolong kira!"


********

"Lu rasa budak dua orang yang umur 3 tahun dengan 10 bulan ni siapa?" - gua tanya pada brader tu lembut sambil tuding jari pada fateem dan faseeh.

"err..anak abang kot?" - brader pakai topi balas balik muka dah pucat.

"Ok..jawapan lu tu betul..makwe depan gua ni pulak siapa?" - gua desak lagi kasi satu soalan,sambil tunjuk pada cikgu kuala kubu.

Brader pakai topi terkial kial.

"err...err...isteri abang la kot" - balas beliau suara makin mengecil.

Gua hanguk sekali tanda bersetuju dengan jawapan brader berkenaan.

"Ok.,itu pun betul...hah berapa ringgit ni tadi?" - suara gua maintain lembut dan berhemah.

Brader pakai topi yang gua syak baru habis tingkatan enam terkebil kebil.

"Bayar sepuluh ringgit dah la bang".

******

Kami ber 4 makan semeja. Lauk kat sini boleh tahan sedap, fikir gua dalam hati. Selesai makan, gua panggil brader pakai topi duduk di kaunter datang kira.

"Adik tolong kira!"

Brader pakai topi datang berdiri dibucu meja dengan pen dan kertas putih besar tapak tangan.

Brader berkenaan mengeluarkan pertanyaan pada gua dengan penuh keyakinan di dada.

"Bayar sekali ke asing asing bang?"