Friday, June 19, 2009

Attending Roy's Wedding

Welloo...(^.^)v Lamer nyer tak tulis blog kat sini. Sowwy.. Nway, juz wanna update our class xtivities. Recently, one of kter punyer classmate Saiful Salim aka Mr. Roy, telah selamat mengadakan kenduri kawen nyer di Taiping, Perak. Roy berbaju tema putih keemasan kelihatan segak bergaya disamping isteri kesayangannya Pn. Zarina. Cuaca yang indah pada hari tersebut, 13 hb Jun, membolehkan kami hadir kenduri tepat pada maser paluan kompang. Me n 3 guys ex-UTM yg secoursemate dgn Mr. Roy. Apepon tahniah kepada pasangan mempelai ini, semoga berbahagia hingga ke anak cucu kehendaknyer..hehe. Below sedikit sebanyak picts untuk tatapan bersame.





Monday, June 15, 2009

Tanda-Tanda Anda Dilamun Cinta

Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak..?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?
Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..Allah Rabbul jalil.



Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.

  • Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.
  • Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.
  • Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.
  • Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .
  • Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.
  • Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?

Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.